0

~~beGiTu beGiNi~~

aku menangis kamu gembira
aku bersedih kamu ketawa
aku ke sana kamu pergi tah ke mana
aku berdiri di sini
kamu lenyap hilangkan diri
aku duduk keseorangan
kamu kata aku somb0ng tak berkawan
aku bising banyak cerita
kamu kata aku diam takde kerja
aku diam seribu sepi
kamu kata aku melayan emosi
aku bercakap dgn sesuatu
kamu kata aku gila tak menentu
aku cuba menjadi pasif
kamu kata aku sensitif
ada kawan jgn lawan
ada diri cuba perhati
ada mata jgn buta
ada hati jgn mati



__segenggam tabah.inteam__
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top