0

k o s 0 n g..

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yg menciptakan segalanya
Yg menimpakan ujian
Yg menjadikan sakit hatimu
Yg menghalang keinginanmu
Pasti
Akan damailah hatimu

Kerana

Masakan Allah mentakdirkan segalanya
Untuk sesuatu yg sia2
Bukan Allah tak tahu deritamu
Retaknya hatimu
Tapi mungkin itulah yg Dia mahu

Kerana Dia tahu
Hati yg beginilah selalu
Lebih lunak dan mudah
Untuk dekat dgnNya..

Bila tubuh lesu dan hilang semangat..
Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
Allah telah mengira tiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..
Allah sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tapi masih tak berhasil..
Allah mengumpulkan segalanya utk satu saat tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..
Alah telah berada hampir padamu utk kurniakan kejayaan hakiki..

Hidup ini indah jika bersama Allah..
.fyzah2007.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top