0

rapuh..

aku tak sanggup
aku tak mahu
aku tak rela
tiada apa aku dapat
hanya penat
nafas tersekat
bak ikan dipukat

tapi
aku tak mampu
tak berdaya aku
waktu demi waktu
hari demi hari
berlalu pergi

namun aku di sini
masih di sini
bermain dgn hati
berperang dengan emosi
tika jiwa sepi
ia dtg menghampiri
mengganggu hati
memaksa diri
sesal lagi
menangis lagi
meratap sepi

knapa difikir lagi
cukuplah hep c
mengacau hati
apa sgtlah yg ini
dah lama basi
biarkan pergi
dikenang lagi
hancur hari ini
hari esok apa tah jadi

dah bosan
berhentam perasaan
yg bukan-bukan
merumitkan simpulan
tak mampu lawan
tak mampu lawan

kelu
semu
membatu
tak tahu

Ya Tuhan
maafkan ku
kuatkan aku

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top