5

Kaki tak sampai



Wahai lelaki beriman, silalah berjalan menuju ke syurga Allah..


Seorang perempuan terjah menghalang.
“Nanti dulu! Saya isteri dia. Dia memang baik.
Dia tak pernah miss pergi masjid. Dia sangat banyak amal soleh.
Tapi dia tak pernah nasihat saya. Dia tak marah kalau saya buka aurat.
Dia tak ajak saya mendalami agama.
Saya mahu sebahagian pahala nya.”


Sebahagian pahala lelaki beriman tersebut diberikan kepada isterinya.
Dia tertunduk malu.


Wahai lelaki mu’min, silakan menuju syurga terindah.


Seorang lelaki pula datang menghalang.
“Nanti dulu! Saya anak dia. Dia memang lelaki soleh.
Tapi dia tak pernah ajak saya bersama pergi ke masjid.
Dia biarkan saya dengan hidup liar saya.
Dia tak pula didik saya untuk mengumpul bekalan akhirat.
Saya mahu sebahagian pahalanya.”


Sebahagian lagi pahala lelaki beriman itu diberikan kepada anaknya.


Saat itu, timbangan pahala lelaki itu terbang begitu sahaja. Maka, tidaklah layak dia ke syurga.
Akhirnya, ke neraka jua tempatnya.


Ayat 164 surah Al-A'raf :
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata:
Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka dengan azab yang amat berat?”

Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab:
“(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah (lepas tanggungjawab) kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.


Takutlah. Bangunlah.


Nauzubillah.. Astaghfirullah..


7

Hey Adam


Andai kamu mengharapkan hawa berwajah cantik
Sedarlah kulitnya kan berkedut dimakan usia


Andai kamu harap wajah tanpa tanda tercalit
Sedarlah itu mungkin berubah bila berubah hormonnya


Andai kamu mahu hawa fizikal menarik
Sedarlah belum tentu hatinya baik


Andai kamu suka hawa yg buat hatimu berbunga
Sedarlah itu mungkin berubah selepas kamu menikahinya


Andai kamu damba hawa yang di sisi sentiasa
Sedarlah itu dekati zina namanya


Andai kamu sayang hawa yang menggetarkan hatimu
Sedarlah itu adalah getaran nafsu semata


Andai kamu mahu hawa yang penuhi apa yang kamu minta
Sedarlah hampir semua permintaanmu itu dosa


Andai kamu mahu hawa yang selalu membelai tanganmu
Sedarlah belaiannya menarikmu satu langkah ke neraka


Andai kamu mahu hawa yang lembut suaranya
Sedarlah di situ ada bisikan syaitan menggoda


Andai kamu mahu hawa yang mencintaimu paling tinggi
Sedarlah itu tanda rendah jiwanya lemah imannya


Andai kamu mahu hawa yang melayan dirimu tak kira masa
Sedarlah itu tanda rendah harga dirinya


Hey adam.
Jangan cuba jadi adam yang hanya macho bergaya.
Berbaju branded berambut lawa.
Yang buat cair hati hawa.


Jadilah adam yang macho hatinya kuat imannya.
Yang letak akhirat pertama dunia selepasnya.
Yang buat hawa bahagia di sini dan di sana.


Yang lebih mengejar bidadari syurga.
Bukan hawa yang mempesona dan menduga.


Hey adam.
Sedarlah kamu pemimpin wanita.
Tuluskan nasihatmu. Tinggikan integrity dirimu. Hawa kan hormat padamu.



Hey adam.
Jadikan dirimu adam yang hebat.
Agar tersedia hawa terindah untukmu takdir tersemat.


22

Andai dapat ku undur waktu


Tiba-tiba mahu bercerita. Saya kenal dia di bangku sekolah. (bukan bangku sahaja, tapi dalam keseluruhan kawasan sekolah).
Saya sedar kami bukanlah macam pasangan lain yang bercinta selepas nikah.
Yang berjumpa di majlis ilmu. Yang lebih diberkati caranya. Yang lebih tepat jalannya.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


Kata suami first time kenal saya masa nak terlanggar kat tangga, tiba-tiba terasa macam saya jodoh dia. Cewah, boleh percaya ka? Hakhak.

Fitrah manusia tertarik dengan lain jantina. Saya akui saya wanita normal.
Terus-terang, saya ada niat nak kahwin dengan dia. Sejak sekolah, kami pernah plan nak kahwin awal.
Dia jaga saya. Dia yang bantu saya membentuk diri saya. Cara saya berpakaian. Dan banyak lagi.


Tak malu kah saya? Malu.
Saya tahu matlamat tak halalkan cara. Sedangkan Allah kata la taqrabuzzina.
Zina berlaku dalam zina hati, zina tangan, kaki, fikiran. Iman pula sekelumit cuma.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


Doa saya, jika dia yang terbaik untuk saya, mudahkan jalan kami.


Pernah dulu saya rasakan, dia hanya untuk saya. Rendahnya jiwa saya. Kotornya hati saya.
Kakak pernah berpesan ketika hampir kepada pernikahan,
"Dia bukan hak milik mu. Walau 5 minit sebelum akad pun, Allah mampu menarik dia dari kamu."


Dan sehingga kini, itu cukup-cukup pasti. Dia bukanlah milik saya. Dia anugerah Tuhan.
Pinjaman dariNya untuk saya menyusuri hidup ini.


Selepas nikah, tiada kata yang lebih indah selain alhamdulillah.


Hati lebih terjaga. Sungguh. Hidup lebih bermakna.
Saya dapat rasa hebatnya nikmat cinta yang Allah kurniakan untuk suami isteri.
Dulu, bibir yang menyatakan perasaan. Tiada siapa tahu sejauh mana kebenaran.
Bila dah halal, rasa tu dapat dirasakan dalam setiap sel dalam hati.
Fikir hebatnya cinta hebatnya kuasa Tuhan.


Sangatlah tidak malu untuk berbangga dengan kisah kami.
Saya harap yang dulu itu tidak pernah tercipta.
Saya cintakan dia dengan cara yang halal ini. Saya cintakan cara cinta kami kini.
Saya cintakan cinta yang dia berikan kepada seorang isteri.


Saya pernah terbaca, "Perkahwinan tanpa salah faham ibarat cendol tidak bergula"
Ya, saya akui langit tak selalu cerah. Saya yakin itu semua ujian Allah.


Jika ada yang berkata, "Masalah wang itu, masalah terganggunya study itu, masalah kekalutan masa itu, kamu yang cari, kamulah tanggung sendiri".

Saya pula mahu bertanya, "Adakah anda terfikir dahsyatnya ujian sebelum berkahwin? Adakah anda terfikir hinanya dosa yang dulu itu?"


Andai dapat dilihat catitan malaikat 'atid.
Andai dapat diukur jalan ke neraka yang kamu susuri.


Ujian selepas kahwin itu saya rasa sesuatu yang perlu. Agar bisa kita pelajari. Agar bisa kita mematangkan diri.
Ujian yang dulu itu lebih kepada dosa. Nafsu durjana semata. Yang buat syaitan melompat2 gembira.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


"Kamu sudah kawin, pandailah kamu cakap"


Sungguh, dulu saya tidak berusaha sekuat hati untuk memerangi.
Untuk berjihad mencari cinta Ilahi.
Saya tidak sepenuhnya bergantung kepada Dia.
Saya jahil tentang ini semua.
Saya lupa saya alpa saya leka.


Jangan terlalu leka dengan cinta. Jangan berhenti mencuba.
Tuhan sentiasa bersama kita. Dia kan bantu hidup kita. Dia kan kuatkan hati kita.
Dia kan ingat hamba yang ingat kepada Nya. Insha Allah.
Yakinlah, Dia lah sebaik-baik tempat bergantung.


Betulkanlah niat kita. Kembalilah kepada Dia yang lahirkan rasa cinta di hati kita.
Tinggalkan lah yang tidak perlu.
Jauhkan lah yang menguji nafsu itu.


Dekati lah Cinta yang sentiasa menunggu.
Cintailah Dia yang sangat tahu kehendak hati kita.
Dia yang menetapkan jodoh kita.
Dia yang begitu kasih dan sayang terhadap kita.



"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin,
maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.
Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal nafsu" (Hadith riwayat Muslim)


Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.
Ya Tuhan, maafkan kami hamba Mu.

12

dalam sepi


makin hari makin tua
makin hari makin dekat dengan hujungnya
makin dekat dengan akhir dunia
makin dekat dengan dunia yang sana


makin hari makin jauh dengan lama
makin kita belajar erti derita
makin faham hikmah segalanya
makin tahu fikir yang sepatutnya


makin hari makin lupa lara
makin hari makin hati terbuka
makin yakin dan terima


sekian lama ku cuba
dulu di hulu sekarang di muara
siapa sangka ombak besar kan melanda
tapi air kan surut dengan izin Nya





















bukan curiga bukan hilang percaya
cuma terkilan sukar terima
mungkin buang masa binasa diri
berdarah rebah jatuh ke bumi


perlu akui lemahnya hati
perlu ruang untuk bernafas
perlu masa untuk tinggalkan yang lepas


yakin ada hikmah di sebalik semua
fikir kembali sedalam hati
belajar untuk lebih menghargai
indahkan semula masjid yang dibina


kukuhkan cinta kepada Ilahi
agar cinta diberkati


Dia yang atur segala
Dia Maha Tahu apa yang sebenarnya
alhamdulillah













berikan petunjuk Mu ya Allah

kuatkan hatiku

kuatkan hati lemah ku

bersihkan hati penuh noda ku

astaghfirullah..
2

hati dan jiwa

hari ini..
kita ketawa tak sedar diri
kita puas dengan duniawi
kita gapai apa yang diimpi


tapi
adakah itu diiringi berkat dan redha Ilahi
atau ini hanya ujian buat diri
itu tak pasti


ada sesuatu perlu kita hayati
pernahkah kita muhasabah diri
apakah bisa kita menangis menyesali


menghadap Tuhan dengan penuh rendah diri
berdating denganNya di waktu sunyi
penuh rasa takut azab di sana nanti
lutut menggeletar menangis sedalam hati


atau mungkin kita sudah gelap hati
tak mampu fikir keburukan diri
nauzubillah...


jangan sangka orang berzina lebih hina
jangan fikir dosa kecil kan terlebur begitu saja
siapa tahu yang sedikit kan jadi bukit
waktu itu jiwa dan iman mula sakit


Ya Allah Tuhan yang mencipta kami..
lembutkanlah hati kami..
ampunkanlah kami..
amin.
5

kenapa begitu?

saya lihat ramai wanita bertudung.
cantik manis ayu sekali.
syukur kita sedar kewajipan menutup aurat.


tapi ada di antara kita tudungnya jarang.
saya lihat mereka bertudung tapi terselak dadanya.


saya lihat mereka bertudung tapi ternampak tengkuk mulusnya.
mereka bertudung tetapi ternampak jambul perangnya.


kenapa begitu??


gambar hiasan

saya lihat mereka bertudung tapi ketat bajunya.
saya lihat mereka bertudung tapi terdedah lengannya.
saya lihat mereka bertudung tapi bertepuk tampar dengan lelaki yang haram untuknya.
dan mereka bertudung tetapi ditinggikan sanggul rambutnya.


gambar hiasan


apa motifmu meninggikan sambul rambutmu itu?
apa motifmu menyepit sanggul palsu di atas rambutmu?
lalu kamu bertudung rapi.


-sanggul palsu-




wanita..kenapa begitu?
wanita..mana malu mu?

cantik itu pada akhlak.
2

letih

semalam sangat lemah.
siapa tahu?
sangat menunggu2 masa berbuka.


kaki rasa dah tak mampu berdiri.
badan tak mampu nak angkat.
niat nak masak tapi takde kudrat.


azan maghrib berkumandang.
pernah rasa tak larat nak makan and penat nak mengunyah?
saya rasa semalam.


saya kesuntukan masa.
saya letih tak bermaya.
saya belum bersedia.
suami luah rasa risaunya.
salah saya.
ya.salah saya.
sebelum tidur ambil jarum tajam.
saya terfikir mesti nanti penat.
tapi siapa tahu?


hari ini.saya tak pasti masih kuat tak.
saya cuba tahan diri.
tapi tekanan datang.
dan saya makan.bersama kucing di bawah meja.
niat terbatal.


who cares.
no one knows.
saya kan sabar menunggu.
0

redha


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
 
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
 
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

_inteam-redha_


4

hidayah yang mahal

kita mungkin boleh dapat 4 flat..
kita mungkin boleh dapat result 1st class..
kita mungkin boleh punya blackberry or iphone..

kita mungkin boleh bergaya dengan kereta mewah..
kita mungkin boleh beraya dengan pakaian indah..

kita mungkin disukai manusia..
kita mungkin gembira di dunia..
kita mungkin bisa bergelak ketawa..

namun..
tanpa rahmatNya..
tanpa NUR dariNya..
petunjuk hidayah dari Ilahi..
terus tersentuh hingga ke hati..

kita sebenarnya tak punya apa2..
kita sebenarnya bukan siapa2..
kita belum tentu dapat akhirat sana..
kita belum tentu dapat merasa indahnya syurga..

semua yang kita miliki dari Tuhan Ya Ilahi..
kembalilah kepadaNya Rabbal Izzati..
Dia lah tempat bergantung yang hakiki..

Dia yang menciptakan kita..
dari tiada kepada ada..
Dia yang mengatur segala..


Allahu Rabbi..
kami malu..kami hina..kami berdosa..
maafkan kami..
segenap hati kami hanya milikMu..
seluruh hidup kami hanya untukMu..

Allah..Allah..Ya Allah..
2

di mana kita?

Pejam celik pejam celik tiba-tiba Ramadhan penuh barakah dah hampir tinggalkan kita…

Sana sini masing2 sibuk dengan exam, assignment and presentation…
Tapi macam mana dengan eff0rt masing2 untuk kejar malam AlQadr…?
Sedikit sekali saya beramal…
sedikit sekali saya berfikir…
Dan banyak sekali saya tidur…
banyak sekali saya bercakap saban hari…
tentang dunia…semua dunia…saya leka dengan dunia…


Sedangkan dalam bulan mulia bulan keampunan ni pun saya hanya boleh buat setakat ini…
Macam mana pulak bulan biasa nanti…?
Di mana position saya..?
Layakkah saya nak merebut keampunan Ilahi..?
Andai kata saya pergi sebentar lagi…
adakah layak untuk saya menjejaki syurga..?
adakah saya layak even membau keharumannya..?


Ketika orang lain tengah guna 24 jam untuk Allah…
membaca kitabullah…
mencari jalan ke syurga Allah…
mendekatkan diri dengan Allah…
Saya pulak still boleh nak extend masa tidur saya…
saya terlalu leka dengan dunia…
saya lupa tentang Dia…saya banyak ketawa…
sedikit sekali saya merenung berfikir macam mana dengan amal harini?
Sedikit sekali saya menangis menginsafi dosa sehari2…
sedikit… sangat sedikit…
Astaghfirullah…astaghfirullah…



Saya bertungkus lumus prepare untuk exam….
nak dapat markah bagus dari lecturer…
nak improve pointer kononnya…
Tapi sedikit sekali saya berpenat lelah untuk dapat pahala dari Allah…
sedikit sekali saya usaha untuk improve iman and amal saya…
sedikit sekali saya bersedia untuk menghadapi maut yang boleh datang bila2 masa…
sedikit…sangat sedikit…


Hasilnya…result exam langsung tak dapat buat hati sedikit berbunga…
berkat ilmu tah ke mana…
pahala pula takkan dapat kalau sepanjang masa tertahan2 dengan timbunan dosa…
Semua tak dapat…semua terlepas….
sebenarnya semua tak dapat genggam pun…


Ya Allah… ampunkanlah kami hamba2Mu…
ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah…
maafkanlah kami…
maafkan kelemahan kami…
maafkan kejahilan dan kealpaan kami…
Kurniakanlah kami rahmat keampunanMu…
terimalah taubat kami…

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar…
bukakan lah pintu hati kami…
bersihkanlah hati2 kami ini…
Amin…amin…amin Ya Rabbal ‘alamin….
11

kahwinlah even still muda..~

satu hari hp bunyi ..'1 message received'..
sender : salam midi...kite nak kawin..tolong bagi tips sket camane nak convince parents boleh kawin time blaja...
sender-21 tahun.

terkejut jugak ditanya camtu..tapi jauh di sudut hati saye rase syukur bila denga insan2 yang punya rasa cinta nak kawin..dah dijawab dgn ringkas..tapi yang nie untuk perk0ngsian umum..~

cinta yang sebelum akad tu..lebih banyak buruknya..yang dulu tu dosa..sebelum dosa makin menggunung dan amal yang ditolak makin menimbun...rasa yakin untuk mendirikan masjid membara2..semangat nak kawin..
pernikahan itu indah..tapi sikit pun saya takkan sangkal kenyataan yang cinta selepas akad tu lahirnya keindahan yang sebenar...cinta yang mulia..cinta kerana Allah..di situ ada berkat yang dicari2..di situ ada rahmat yang berpanjangan dari Ilahi..

Surah al-israa ayat 32~
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal nafsu"

(Hadith riwayat Muslim)

awak nak kawin..?tapi mungkin terpikir pasal study..parents..nak enjoy lagi..duit camane plak..
1st 0f all...pasanglah niat yang baik..
study lagi bukan masalah..skang mase awak tengah study pon tangan awak pegang henfon..kalo tak jawab si dia call..mesti main sms..kan3..??kalo dah kawin boleh study same2..selang selikan ngan borak2 gurau2..takde la ngantuk..

enjoy..enjoy camane pon saye tak tau tapi selalu dengar org cakap..huhu~
maybe skang awak enjoy ngan kawan2 awak..die enjoy ngan kawan2 die..awak bukan tau die tengah buat ape..mane tau die buat benda yg awak tak suke ke...pastu kalo dating bukan best..dapat dosa je..kena jaga jarak takut tersentuh..tak boleh pegang2 tangan..orang umpat2 lagi..kalo dah kawin boleh duk dating sepanjang masa kat mana2..gitu..



pasal duit pun jangan risau sangat..make sure ade saving even sket pon..
jimat2 la ngan duit sch0larship or l0an yang k0rang ade..yakinlah rezeki tu datang dari Allah..
dengan niat yang baik..dan harapan untuk sesuatu yg baik..dan hati2 yang baik..insyaAllah ade kehidupan yg baik Allah kurniakan dan ada limpahan rezeki yg baik2 dariNya...

Surah annur ayat 32~
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah di kalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan,
jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi  Maha Mengetahui.

Rasulullah bersabda,
“ 3 golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya”
(Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

cube bace artikel2 pasal couple and nikah...
or try pilih dari sini..>>~REMAJA & CINTA~
bila rasa dah lebih yakin...cuba discuss el0k2 dengan parents..

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“Jika seseorang hamba itu bernikah maka telah menjadi sempurnalah setengah agamanya,
maka bertaqwalah kepada Allah pada setengah yang lainnya. “
dari Anas bin Malik R.A dikeluarkan oleh Al Hakim dan Ath-Thabrani dalam kitab Al Aswath

andai kamu tak pernah terfikir untuk berkahwin..fikirkanlah..
andai kamu aim bertahun2 lagi untuk berkahwin...belajarlah ilmu rumahtangga dari sekarang..
jangan gentar..jangan putus berdoa..yakinlah dengan Tuhanmu dan mintalah pertolongan dariNya..
berkahwinlah..
wallahua'lam.
0

mana janji2 manisku dulu??


aku sanggup study khatamkan buku sampai ke pagi...
tapi acapkali ku tinggalkan Al Quran kitabMu Ya Ilahi...

tak kira di mana aku suka menyanyi sendiri...
tapi kering sekali bibirku dgn zikir kepadaMu Ya Rabbi...

aku sanggup bangun pagi2 buta semata2 nak teng0k b0la...
tapi untuk qiamullail satu sujud utkMu sukar sekali untuk ku buka mata...



untuk bl0g n faceb00k ku punya banyak masa...
tapi tak pernah sekali ku buka website agama...

untuk game juga berjam2 aku sanggup habiskan...
tapi solatku tak sempurna macam k0b0i ku dirikan...

tiap hari tiap waktu aku sembahyang...
tapi auratku terdedah bajuku ketat kainku jarang...

YA ALLAH...ceteknya iman hambaMu...

tiap waktu aku bergayut dan sms dengan kekasih hati...
tapi rinduku untukMu jarang sekali...

tiap jam ku lafaz kata cintaku padanya oh i l0ve y0u...
tapi sedikit sekali ibadat dan cintaku padaMu...

tiap sentuhan selamba macam tak berdosa...
lemahnya imanku remeh2kan hal agama...

tiap minggu dia dan aku bertemu...
bermanja bermesra tanpa sedikit pun malu...


YA ALLAH...hinanya diriku...
ampuni daku..
6

hATi menANgiS...

Sesekali terdenga di corong radio..
“saya takut jarum..bla3…dermalah darah”
Penting rupenye derma darah tu ye..selama nie tak kisah pon..
Ala kalo derma tak rugi pon rasanya…lalu lahirlah niat di hati yg lemah itu…
Kali pertama terlepas..Kali kedua pun melepas..

Satu hari di akhir tahun 2007…Satu lagi peluang menanti..
Barangkali..satu jasad memerlukan..
satu nyawa perlu diselamatkan..
Satu hati yg sudi menderma diharapkan…
Buat pertama kalinya… hati itu tanpa malu tanpa silu tanpa tahu..mahu membantu..
Impian tercapai jua akhirnya....alhamdulillah..
Smoga darah sepeket tu berguna…

Sebulan berlalu..p0st0 diterima..
Rupanya dari pusat darah negara..diarah pula berjumpa doctor dengan segera..
Kenapa ya?Hati dapat rasa..ada sesuatu tak kena..kena pegi juga..
Tika itu..doktor bgtau..ada virus hepatitis dalam darah tu..
Hati tak pernah sangka..tak pernah minta..tak pernah duga..
Hati menangis..

Doctor tanya, keluarga ada penyakit ni ke?...
Doctor Tanya lagi, pernah terima darah ke sebelum ni?..
Doctor Tanya lagi, sorry soalan sensitive sikit.. pernah ada hubungan seks ke?..
Hati menangis lagi…
Kini hati tahu…ada hikmah di sebalik niatnya dulu…

Arahan seterusnya..pegi HKL jumpa pakar pula..
Blood test demi blood test…appointment demi appointment..
doctor demi doctor..penjelasan demi penjelasan…
blood test pertama,masih positif..blood test kedua,confirmed positif..
3 punca penyakit..dari ibu..seks..pemindahan darah..
Yang ini apa puncanya?ntah tak tahu dari mana…
Berulang kali ‘soalan sensitive’ itu diaju…
Hati menangis lagi…

Hati tertanya-tanya..
Boleh ke kawin? Macamane nak ada anak satu hari nanti..
Tanpa ragu..hal ini diberitahu kepadanya..ini pasal masa depan kedua2nya..nanti tak mahu menyusahkan saja..nanti pasal zuriat pula macamana?...
Tika itu..dia tenang menerima..dia redha saja katanya..dia rela apa saja..dia sanggup menanggung nasib sama..
Hati menangis sekuatnya..

Tika itu.. Hubungan telah direstu..hati saling memerlu..
Tapi hati masih tak tahu..keputusan apa nak dituju..
Bulan demi bulan berlalu…ikatan suci disetuju..inilah jodohmu..kuatkan hati yang lemah itu..
Empat hari sebelum akad…dua malam duduk di wad..
Tika itu..hati sayu... tiada siapa tahu..
hati menangis layu…

Fizikal normal saja..liver yang bengkak pun tak dapat dirasa..
Doctor kata make sure tak pregnant lagi..ubat boleh affect baby..
treatment untuk setahun lama..side effects banyak pula..
emosi tak menentu..demam2 flu2..cepat penat lagi satu..banyak lagi nak sebut semua tak mampu..
mahu tak mahu kena redah juga..untuk masa depan bersama..
hati menangis lagi..

sudah sebulan treatment bermula..
tiap minggu ke hospital bersama dua jejaka..
yang pertama sentiasa ada sejak dari pusat darah negara..
yg membesarkan dan banyak berjasa..
sampai skarang sentiasa bersama..
yang kedua raja di hati..
walaupun busy sentiasa menemani..
rela hati susahkan diri..
laksana tggjawab seorang suami..

5 tablets setiap hari..seminggu sekali inject perut sendiri..
Gitulah yg perlu dipatuhi..side effects memang disedari..
Sampai bila tu belum pasti..mintalah hanya pada Ilahi..
kadang2 rasa tak guna..rasa tak beri apa2..rasa tak mampu beri bahagia..
hati yg lemah itu masih lemah..masih menangis..
bila lemah slalu kalah..
bila kalah slalu salah..
maafkan hati itu..maafkanlah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top