2

di mana kita?

Pejam celik pejam celik tiba-tiba Ramadhan penuh barakah dah hampir tinggalkan kita…

Sana sini masing2 sibuk dengan exam, assignment and presentation…
Tapi macam mana dengan eff0rt masing2 untuk kejar malam AlQadr…?
Sedikit sekali saya beramal…
sedikit sekali saya berfikir…
Dan banyak sekali saya tidur…
banyak sekali saya bercakap saban hari…
tentang dunia…semua dunia…saya leka dengan dunia…


Sedangkan dalam bulan mulia bulan keampunan ni pun saya hanya boleh buat setakat ini…
Macam mana pulak bulan biasa nanti…?
Di mana position saya..?
Layakkah saya nak merebut keampunan Ilahi..?
Andai kata saya pergi sebentar lagi…
adakah layak untuk saya menjejaki syurga..?
adakah saya layak even membau keharumannya..?


Ketika orang lain tengah guna 24 jam untuk Allah…
membaca kitabullah…
mencari jalan ke syurga Allah…
mendekatkan diri dengan Allah…
Saya pulak still boleh nak extend masa tidur saya…
saya terlalu leka dengan dunia…
saya lupa tentang Dia…saya banyak ketawa…
sedikit sekali saya merenung berfikir macam mana dengan amal harini?
Sedikit sekali saya menangis menginsafi dosa sehari2…
sedikit… sangat sedikit…
Astaghfirullah…astaghfirullah…



Saya bertungkus lumus prepare untuk exam….
nak dapat markah bagus dari lecturer…
nak improve pointer kononnya…
Tapi sedikit sekali saya berpenat lelah untuk dapat pahala dari Allah…
sedikit sekali saya usaha untuk improve iman and amal saya…
sedikit sekali saya bersedia untuk menghadapi maut yang boleh datang bila2 masa…
sedikit…sangat sedikit…


Hasilnya…result exam langsung tak dapat buat hati sedikit berbunga…
berkat ilmu tah ke mana…
pahala pula takkan dapat kalau sepanjang masa tertahan2 dengan timbunan dosa…
Semua tak dapat…semua terlepas….
sebenarnya semua tak dapat genggam pun…


Ya Allah… ampunkanlah kami hamba2Mu…
ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah…
maafkanlah kami…
maafkan kelemahan kami…
maafkan kejahilan dan kealpaan kami…
Kurniakanlah kami rahmat keampunanMu…
terimalah taubat kami…

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar…
bukakan lah pintu hati kami…
bersihkanlah hati2 kami ini…
Amin…amin…amin Ya Rabbal ‘alamin….

2 comments:

budak 1st class? said...

walaupun ibadah langsung tu lebih utama..but in ur case, pasangkan niat nak blaja tu semua lillahitaala. supaya dgn nikmat ilmu dll yg kita dpt nnt hati jadi lebih tunduk kpd Allah..

btw seriously akak rindu sgt zaman blaja, buat assgment sume..time tu jadi focus. teliti. i like myself yg begitu. tp mcm regret hati leka jer dgn dunia jer..

mb this one good 4u..
try baca doa, tasbih2 nak study.. zikir sket sblm tido..nak mandi baca doa..nak gurau senda dgn hubby niat sbg sedekah jaga hati dia..tgh iron2 baju tu selawat..dan sebagainya..
hehe..im trying 2 do the same now..jom sama2..(tapi time tgk tv tak dpt nak buat zikir2 ni sebab tv mmg stupid box la kan. Dajjal versi tekno.. adoi..)

gambate kudasai!

~dianakhairi~ said...

to kakda:
tv oh tv~tamil oh tamil~
haha.

insyaAllah adik try..tq kak.muah2.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top