7

Hey Adam


Andai kamu mengharapkan hawa berwajah cantik
Sedarlah kulitnya kan berkedut dimakan usia


Andai kamu harap wajah tanpa tanda tercalit
Sedarlah itu mungkin berubah bila berubah hormonnya


Andai kamu mahu hawa fizikal menarik
Sedarlah belum tentu hatinya baik


Andai kamu suka hawa yg buat hatimu berbunga
Sedarlah itu mungkin berubah selepas kamu menikahinya


Andai kamu damba hawa yang di sisi sentiasa
Sedarlah itu dekati zina namanya


Andai kamu sayang hawa yang menggetarkan hatimu
Sedarlah itu adalah getaran nafsu semata


Andai kamu mahu hawa yang penuhi apa yang kamu minta
Sedarlah hampir semua permintaanmu itu dosa


Andai kamu mahu hawa yang selalu membelai tanganmu
Sedarlah belaiannya menarikmu satu langkah ke neraka


Andai kamu mahu hawa yang lembut suaranya
Sedarlah di situ ada bisikan syaitan menggoda


Andai kamu mahu hawa yang mencintaimu paling tinggi
Sedarlah itu tanda rendah jiwanya lemah imannya


Andai kamu mahu hawa yang melayan dirimu tak kira masa
Sedarlah itu tanda rendah harga dirinya


Hey adam.
Jangan cuba jadi adam yang hanya macho bergaya.
Berbaju branded berambut lawa.
Yang buat cair hati hawa.


Jadilah adam yang macho hatinya kuat imannya.
Yang letak akhirat pertama dunia selepasnya.
Yang buat hawa bahagia di sini dan di sana.


Yang lebih mengejar bidadari syurga.
Bukan hawa yang mempesona dan menduga.


Hey adam.
Sedarlah kamu pemimpin wanita.
Tuluskan nasihatmu. Tinggikan integrity dirimu. Hawa kan hormat padamu.



Hey adam.
Jadikan dirimu adam yang hebat.
Agar tersedia hawa terindah untukmu takdir tersemat.


22

Andai dapat ku undur waktu


Tiba-tiba mahu bercerita. Saya kenal dia di bangku sekolah. (bukan bangku sahaja, tapi dalam keseluruhan kawasan sekolah).
Saya sedar kami bukanlah macam pasangan lain yang bercinta selepas nikah.
Yang berjumpa di majlis ilmu. Yang lebih diberkati caranya. Yang lebih tepat jalannya.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


Kata suami first time kenal saya masa nak terlanggar kat tangga, tiba-tiba terasa macam saya jodoh dia. Cewah, boleh percaya ka? Hakhak.

Fitrah manusia tertarik dengan lain jantina. Saya akui saya wanita normal.
Terus-terang, saya ada niat nak kahwin dengan dia. Sejak sekolah, kami pernah plan nak kahwin awal.
Dia jaga saya. Dia yang bantu saya membentuk diri saya. Cara saya berpakaian. Dan banyak lagi.


Tak malu kah saya? Malu.
Saya tahu matlamat tak halalkan cara. Sedangkan Allah kata la taqrabuzzina.
Zina berlaku dalam zina hati, zina tangan, kaki, fikiran. Iman pula sekelumit cuma.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


Doa saya, jika dia yang terbaik untuk saya, mudahkan jalan kami.


Pernah dulu saya rasakan, dia hanya untuk saya. Rendahnya jiwa saya. Kotornya hati saya.
Kakak pernah berpesan ketika hampir kepada pernikahan,
"Dia bukan hak milik mu. Walau 5 minit sebelum akad pun, Allah mampu menarik dia dari kamu."


Dan sehingga kini, itu cukup-cukup pasti. Dia bukanlah milik saya. Dia anugerah Tuhan.
Pinjaman dariNya untuk saya menyusuri hidup ini.


Selepas nikah, tiada kata yang lebih indah selain alhamdulillah.


Hati lebih terjaga. Sungguh. Hidup lebih bermakna.
Saya dapat rasa hebatnya nikmat cinta yang Allah kurniakan untuk suami isteri.
Dulu, bibir yang menyatakan perasaan. Tiada siapa tahu sejauh mana kebenaran.
Bila dah halal, rasa tu dapat dirasakan dalam setiap sel dalam hati.
Fikir hebatnya cinta hebatnya kuasa Tuhan.


Sangatlah tidak malu untuk berbangga dengan kisah kami.
Saya harap yang dulu itu tidak pernah tercipta.
Saya cintakan dia dengan cara yang halal ini. Saya cintakan cara cinta kami kini.
Saya cintakan cinta yang dia berikan kepada seorang isteri.


Saya pernah terbaca, "Perkahwinan tanpa salah faham ibarat cendol tidak bergula"
Ya, saya akui langit tak selalu cerah. Saya yakin itu semua ujian Allah.


Jika ada yang berkata, "Masalah wang itu, masalah terganggunya study itu, masalah kekalutan masa itu, kamu yang cari, kamulah tanggung sendiri".

Saya pula mahu bertanya, "Adakah anda terfikir dahsyatnya ujian sebelum berkahwin? Adakah anda terfikir hinanya dosa yang dulu itu?"


Andai dapat dilihat catitan malaikat 'atid.
Andai dapat diukur jalan ke neraka yang kamu susuri.


Ujian selepas kahwin itu saya rasa sesuatu yang perlu. Agar bisa kita pelajari. Agar bisa kita mematangkan diri.
Ujian yang dulu itu lebih kepada dosa. Nafsu durjana semata. Yang buat syaitan melompat2 gembira.
Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.


"Kamu sudah kawin, pandailah kamu cakap"


Sungguh, dulu saya tidak berusaha sekuat hati untuk memerangi.
Untuk berjihad mencari cinta Ilahi.
Saya tidak sepenuhnya bergantung kepada Dia.
Saya jahil tentang ini semua.
Saya lupa saya alpa saya leka.


Jangan terlalu leka dengan cinta. Jangan berhenti mencuba.
Tuhan sentiasa bersama kita. Dia kan bantu hidup kita. Dia kan kuatkan hati kita.
Dia kan ingat hamba yang ingat kepada Nya. Insha Allah.
Yakinlah, Dia lah sebaik-baik tempat bergantung.


Betulkanlah niat kita. Kembalilah kepada Dia yang lahirkan rasa cinta di hati kita.
Tinggalkan lah yang tidak perlu.
Jauhkan lah yang menguji nafsu itu.


Dekati lah Cinta yang sentiasa menunggu.
Cintailah Dia yang sangat tahu kehendak hati kita.
Dia yang menetapkan jodoh kita.
Dia yang begitu kasih dan sayang terhadap kita.



"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin,
maka hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.
Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal nafsu" (Hadith riwayat Muslim)


Andai dapat ku undur waktu. Astaghfirullah.
Ya Tuhan, maafkan kami hamba Mu.

12

dalam sepi


makin hari makin tua
makin hari makin dekat dengan hujungnya
makin dekat dengan akhir dunia
makin dekat dengan dunia yang sana


makin hari makin jauh dengan lama
makin kita belajar erti derita
makin faham hikmah segalanya
makin tahu fikir yang sepatutnya


makin hari makin lupa lara
makin hari makin hati terbuka
makin yakin dan terima


sekian lama ku cuba
dulu di hulu sekarang di muara
siapa sangka ombak besar kan melanda
tapi air kan surut dengan izin Nya





















bukan curiga bukan hilang percaya
cuma terkilan sukar terima
mungkin buang masa binasa diri
berdarah rebah jatuh ke bumi


perlu akui lemahnya hati
perlu ruang untuk bernafas
perlu masa untuk tinggalkan yang lepas


yakin ada hikmah di sebalik semua
fikir kembali sedalam hati
belajar untuk lebih menghargai
indahkan semula masjid yang dibina


kukuhkan cinta kepada Ilahi
agar cinta diberkati


Dia yang atur segala
Dia Maha Tahu apa yang sebenarnya
alhamdulillah













berikan petunjuk Mu ya Allah

kuatkan hatiku

kuatkan hati lemah ku

bersihkan hati penuh noda ku

astaghfirullah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top