6

Seperti Dulu



Yang dulu solat dhuha tiap hari.
Yang dulu bersama quran pada waktu pagi.
Yang dulu suka bangun malam dating dengan Ilahi.
Yang dulu ma’thurat selalu di hujung jari.
Yang dulu selalu ingat dosa utk dikesali.
Yang dulu lepas azan terus melompat pergi bersuci.

Yang dulu sabar bila diketepi.
Yang dulu tenang bila dibenci.
Yang dulu senyum bila dimaki.
Yang dulu taat bila dinasihati.

Yang dulu ringan dengan zikrullah.
Yang dulu mencegah yang salah.
Yang dulu dekat dengan ibadah.
Yang dulu dekat dgn benda baik.
Kawan baik, persekitaran baik.

Tiada lagi.
Jauh sekali.

Mana pergi.

Sangat dekat dgn mati.
Perlu kembali.



3

Oh Allah, amitna bil iman.



Ini cerita pasal sorang lelaki yang dah berumur, ada sorang isteri dan beberapa orang anak..
Satu hari, isteri dia jatuh sakit. Dalam kedaan camtu, laki tu boleh berzina dengan sorang perempuan dalam rumah diorang sendiri.
(maybe sebab isteri tak dapat penuhi nafsu, pastu dia sanggup lepaskan tanggungjawab macam tu je, dan lakukan dosa terhina)


Apa yang lebih menyedihkan diorang berzina dalam bulan ramadhan..
Anak2 selalu tak ada kat rumah, maybe sibuk dengan urusan masing2.
So, macam tak dapat nak bendung masalah ibu bapa diorang..


Satu pagi, si anak nak kejutkan ayah untuk sahur. Tanpa diduga, ayah dah meninggal dunia ditemani perempuan di sebelahnya. Mungkin sempat berzina sebelum nyawa dicabut. wAllahua’lam.


Sebenarnya keluarga arwah tak sanggup nak settlekan jenazah, diorang ni dah teramat2 kecewa and macam tak nak terima dah ketua keluarga diorang ni.
So diorang serah pengurusan jenazah 100%  kat sorang ustaz ni.



Okay, jenazah dimandikan.
Tau apa jadik?


Jasad dah kaku, roh dah keluar, TAPI alat kelamin seolah2 masih ‘hidup dengan kuat’.
(oh, lama nak pikir ayat di atas. Saya cuba utk guna bahasa baik di sini)
Rupa2 nya ada alat ‘bagi power’ diletakkan kat alat kelamin jenazah.
So, ustaz kena kuarkan benda tu dulu lepastu baru ok.
Ustaz istighfar byk kali.


Pastu, ustaz mandikan jenazah.
Pastu apa pulak jadik?
Keluar cecair busuk dari satu rongga.
Ustaz mandikan lagi. Keluar pulak cecair yg menduga dari rongga lain.
Sampai kan ustaz kena ulang mandi sampai 4 kali. (saya tak ingat specific benda yg jadik tiap kali mandi)


Akhirnya, ustaz berhenti and solat sunat doa kat Allah,
“Ya Allah, aku tahu Kau berikan ujian ini agar aku bermuhasabah dan beri pengajaran kepada kami yang masih hidup,
Tapi aku tak berdaya lagi Ya Allah. Mudahkanlah urusan ku.
Mudahkanlah Ya Allah..amin..”


Lepas tu, barulah jenazah dapat dimandikan dgn lancar.
Ustaz betul2 bersyukur dan lega.


Pastu nak kebumi. Ustaz bawak van gi tempat pengebumian.
Allah uji lagi,
Van sangat3 berat tak larat nak jalan.
Ustaz dah makin penat.
Last2 ustaz patah balik and ajak sorang kawan dia drive van.
Lepas tu, barulah boleh jalan tapi sangat2 slow. Diorang guna gear 2 je kot..


Masa nak kebumi, orang2 yang letak jenazah kat liang lahad melompat naik balik.
Pakcik2 yang dah agak lanjut usia tu pun melompat jadik stunt man.
Kenapa??
Ada cecair yang sangat busuk kat dasar liang lahad tuh..
Pastu diorang cepat2 kambus..
Astaghfirullah…


Takutlah..
Cuba bayangkan, tengah buat suami terasa b4 tidur, pastu nyawa dicabut masa tidur.
Cuba bayangkan baru balek kuar dating dengan boyfriend/girlfriend, Allah tarik nyawa.
Cuba bayangkan, lepas kuar lepak kat kedai makan, belum solat, gossip n mengumpat sana sini, on the way balik accident..
Cuba bayangkan, lepas pergi CC tengok website tak senonoh, tiba2 kepala sakit gila2 pastu jantung berhenti berdegup..


Nauzubillah…
Nauzubillahi  min zalik..

Moga kita semua mati dalam iman..amin..

*Cerita atas ni diceritakan oleh ustaz tu sendiri kat surau Annur, Bandar Baru Bangi.
wAllhua’lam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top