Ratu Hati

Hari ini ulang tahun kelahirannya ke64. Dia inspirasi hati. Namun terlalu banyak baik pada dirinya tak mampu ku warisi. Seorang yang lembut, bercakap perlahan, tak suka susahkan orang lain.

Wanita yang banyak berkorban tenaga dan emosi demi kami sekeluarga. Dialah ibu dialah kawan dialah pendengar setia. Ibu yang boleh dibawa bergurau, kongsi segalanya, menegur dengan lunak kata, cukup buat ku rasa dia ibu sempurna. Seorang yang tak malu bertanya anak perihal agama yang tak pasti, yang terima terbuka hati jika anak beritahu pendapat atau tazkirah dikongsi.

Tika mengandung, hampir muntah di
dalam bas dalam perjalanan ke kerja, keluar dan tggu pula bas yang lain. Rasanya zaman bas mini merah jambu. Tak beraircond, ruang sempit. Kasihan bonda.

Tika makan, dia akan ambil lauk paling koman secubit cuma, lauk yang paling tak laku atau lauk semalam yg dipanaskan, Sedangkan ada lauk yang baru dan sedap. Risau jika tak cukup utk seisi keluarga yang besar.

Jarang mengeluh, walaupun kurang sihat akan cuba sedayanya untuk berkhidmat kepada keluarga. Banyak bersabar dengan perangai kami 8 beradik. Tak pernah pilih kasih terhadap kami. Menghormati keputusan kami yang telah dewasa.

Dia yang sering aku sakiti, yang belum aku puas berikan khidmat diri, semakin tua. Terkadang terkilan aku melihat tubuh 4 keratnya yang makin mengurus sejak kembali menjadi suri rumah selepas bersara. Pernah mengambil pembantu, tapi bonda kurang berpuas hati. Lebih puas semua kerja dibuat sendiri. Menyapu, mengemop, mencuci toilet, memasak.

Ibu yang begitu memahami, cuba menyelami jika anak ditimpa masalah.
Walau pendidikannya tak tinggi, selalu dia mencari ilmu ukhrowi, dialah ratu hati.

Tak cukup kotak ini utk aku tulis tentang ibu. Cukuplah Allah yang tahu.

Selamat hari lahir mak.
Sayang mak sedalam sanubari.
Moga Allah kurniakan kesihatan, kekuatan, kesejahteraan, keberkatan buat mak. Dan juga kerahmatanNya, seindah namamu Rahmah.
Terima kasih atas segalanya. Maafkan adik mak.

1 comments:

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top