0

Suami isteri urus anak

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tak sangka wujud lagi dunia blog ni. Saja rindu nak jenguk blog ni dan nak mengomel sikit.

Pasal rumahtangga je. Selalu kita dengar geng ibu complain suami tak membantu uruskan anak. Pengalaman saya, isteri boleh cuba 'train' suami bantu urus anak sejak anak sulung masih kecil.

Tips direct ialah selalu minta tolong.

Macam dah panas je hp abg tu, abg tlg wash yak anak boleh ke? Saya nak masak kejap. Nnt abg makin lapor.

Abg nak try x basuh punggung anak? Mana tau nnt tua diorang basuhkan kita pulak.

Ala macam susah pulak jubah kembang dgn handsocks bagai. Abg tlg wash kan boleh? Hehe.

(semuanya jangan lupa senyum kambing)

Tips indirect anda perlu jd slow. Contohnya bersiap lama ketika nak keluar atau nak balik kampung. Suami yg tak tahan menunggu mungkin akan offer kemaskan brg atau siapkan anak.

Lama2 terbiasa. InshaAllah jadi kerjasama. Anak bertambah, kita redah bersama. Ustaz ebit lew suruh berebut uruskan rumahtangga. Tapi kdg2 boleh juga main 'osom'. Siapa kalah dia kena wash 'yak' anak. Kih3.

Bukan apa. Kita cuba bantu suami dapat quality time dgn anak2. Kita sengaja mahu anak2 anggap bapa ini hero. Kita cuba jadikan anak2 mahu bapa dekat dgn mereka. (tapi sedih sikit nanti mereka lebihkan ayah dari ibu huhu)

Best juga kalau suami pandai masak. Jika kedua2nya bekerja, boleh masak bersama atau mungkin bergilir tukar dgn urus anak.

Salute sapa isteri/ibu yang urus semua. Dia bekerja dia masak dia pengurus rumahtangga. Anda memang hebat. Tapi ingat, lain orang lain kemampuannya. Ada yang cepat letih. Ada yang pening bila berdiri lama. Kan. Kita berbeda. Tapi kita cuba.

-Isteri@ibu@surirumah selalu culas oops-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top